Tuesday, 11 August 2015

Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Port Dickson 2015

Tarikh : 8 Ogos 2015
Hari : Sabtu
Tempat : SK Linggi

1. Karnival sukan prasekolah yang julung kali diadakan ini mengumpulkan semua prasekolah di daerah ini untuk bertanding merebut hadiah yang disediakan.

2. Pelbagai acara disediakan yang mana ia meliputi dua bahagian iaitu acara sukaneka dan acara balapan.

3. Prasekolah SKKS menghantar peserta untuk semua acara. Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak prasekolah SKKS ini:
  • Johan Lontar Peluru (Lelaki)
  • Naib Johan Lompat Jauh (Lelaki)
  • Ketiga Lompat jauh (Perempuan)
  • Ketiga - Sukaneka Baling bola (Lelaki)
  • Kedua - Sukaneka Baling bola (Perempuan)
4. Usaha yang sangat baik dari pihak PPD Port Dickson dan JPN Negeri Sembilan yang menganjurkan karnival ini kerana ia bukan sahaja mencungkil bakat anak-anak, tetapi juga merapatkan hubungan diantara guru dan waris.





























Tahniah anak-anak Prasekolah SKKS.............

Tarikh : 10 Ogos 2015
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Malinja

1. Tahniah kepada pemenang yang berjaya mengharumkan nama Prasekolah SKKS. Kepada yang gagal, kita cuba lain kali.  

2. Walaupun hadiah sudah diberi semasa karnival, majlis ini diulang disekolah bagi memberi galakan dan semangat kepada murid-murid lain bahawa mereka juga boleh berjaya seperti anak-anak prasekolah ini.

3. In Shaa Allah, adik Zulkaiqrul ( Lontar Peluru ) dan adik Syakir (Lompat Jauh) akan mewakili daerah ini ke peringkat negeri.

4. Berusahalah semua anak-anak prasekolah SKKS dengan sedaya upaya kamu, semoga Allah S.W.T memelihara perjalanan hidup kamu di dunia dan di akhirat.

Adik Zulkaiqrul - Tempat pertama acara lontar peluru


Adik Syakir Rif'at - Tempat kedua lompat jauh

Adik Humairah - Tempat ketiga lompat jauh.


Adik Afiq yang mewakili rakan-rakan menerima hadiah bagi tempat ketiga acara baling bola dalam bakul


Adik Hanis Syahzani yang mewakili rakan-rakan menerima hadiah bagi tempat ketiga acara baling  bola dalam bakul


Penyampaian semasa karnival......