Monday 14 September 2015

Tahniah Prasekolah SKKS........Naib Johan Daerah Port Dickson (Futsal) dan Naib Johan Kumpulan (Bola Jaring)

1. Tahniah kepada semua anak-anak prasekolah SKKS yang berjaya mengharumkan nama sekolah ini di dalam Kejohanan Fun Ball and Smart Kick Peringkat Daerah Port Dickson.

2. Kejohanan ini diadakan di DJ Futsal Arena, Lukut pada 5 September 2015 iaitu pada hari Sabtu yang lalu.

3. Pasukan futsal telah menjadi Naib Johan Peringkat Daerah Port Dickson dan akan bersama-sama pasukan SK Sunggala selaku juara untuk mewakili daerah ini ke peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 30 September 2015 nanti.

Peringkat kumpulan
SK Kg. Baru Si Rusa 0 - 1 SK Kg Sawah
SK Jimah 0 - 2 SK Kg Sawah
SK Port Dickson  0 - 0 SK Kg Sawah

Separuh akhir
SK Panglima Adnan 0 - 0 SK Kg Sawah
(SK Kg Sawah menang sepakan penalti)

Akhir
SK Sunggala 2 - 0 SK Kg Sawah


4. Pasukan bola jaring pula tetap menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila muncul Naib Juara Kumpulan. Keadaan padang dan suasana mempengaruhi pasukan bola jaring kita kerana mereka sedikit keliru hingga menyebabkan mereka tewas tipis pada perlawanan pertama.

SK Intan Perdana      2 - 0   SK Kg Sawah
SK Chuah                 0 - 8   SK Kg Sawah
SK Teluk Kemang    0 - 9   SK Kg Sawah

5. Tahniah juga kepada jurulatih pasukan futsal (Abang Saiful ) dan bola jaring ( Cikgu Ila dan ibu-ibu prasekolah ) yang tidak jemu melatih anak-anak prasekolah ini.

6. Teruskan usaha Anak-anak Prasekolah SKKS dan ciptalah sejarah kamu sendiri sebagaimana dahulunya ibu dan ayah kamu mencipta sejarah hingga nama SKKS digeruni dan dicemburui oleh yang lain.







Sunday 13 September 2015

Jerebu Dan Kesihatan

Jerebu & Kesihatan

Apa itu jerebu?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan
Apakah Indeks Pencemaran Udara?
IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.
Nilai IPU:
Nilai IPUStatus Kualiti UdaraDiskripsi
0 hingga 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak sihat
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300
Sangat tidak sihat
Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300
Bahaya
Orang ramai terjejas
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
Kumpulan yang berisiko
Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok
Pencegahan
Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
Siapakah yang perlu saya rujuk?
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di:
Unit Kesihatan Persekitaran
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan
Malaysia

Pautan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/jerebu-a-kesihatan