Sunday 11 October 2015

Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Mukim Jimah



1. Sempena Hari Sukan Negara baru-baru, warga SKKS bersama-sama komuniti setempat telah menjayakan program ini di Dataran Pachitan.

2. Antara program yang dijalankan ialah senamrobik dan Jalan 10 000 Langkah. Selain daripada itu pemeriksaan daripada KOSPEN juga diadakan untuk mereka yang hadir di situ.

3. Pihak penganjur bersama yang terdiri daripada JKKK Kg. Pachitan, JKKK Kg Sawah, JKKK Chuah, JKKK Kg India dan JKKK Kg. Bukit Pelanduk turut menyediakan cabutan bertuah untuk mereka yang hadir.

4. Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menghimpunkan hampir 400 orang pada program yang julung-julung kalinya di adakan ini.n bermula jam 7.30 pagi.