Monday 9 November 2015

Hari Sukan Sekolah SKKS 2015

Tarikh : 7 November 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SKKS

1. Pada tahun ini, sukan sekolah diadakan secara tertutup memandangkan ketidaktentuan waktu persekolahan kerana jerebu yang melanda negara kita.

2. Acara yang disediakan ialah acara lari 75 meter dan sukaneka. Senamrobik juga diadakan sebelum acara sukan dijalankan.

3. Prasekolah SKKS juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama dalam acara yang disediakan iaitu lari 50 meter lelaki dan perempuan serta sukaneka.

3. Walaupun diadakan secara tertutup, ramai ibu bapa yang datang untuk memberikan sokongan.












Program Bestari Solat Perdana dan Motivasi Ibu Bapa 2015 Anjuran Sekolah Kebangsaan Kg Sawah bersama PIBG SKKS dan Permuafakatan WarisPrasekolah SKKS


Tarikh : 24 Oktober 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Kg Sawah

1. Pihak Sekolah Kebangsaan Kg Sawah telah bekerjasama dengan PIBG SKKS dan Permuafakatan Waris Prasekolah untuk mengadakan dua program yang dijalankan serentak iaitu Program Bestari Solat Perdana untuk murid-murid dan Program Motivasi untuk semua ibu bapa.

2. Bagi Program Bestari Solat Perdana, murid-murid diletakkan dalam kumpulan yang kecil bagi memudahkan fasilitator membantu dan membimbing mereka.

3. Penceramah jemputan bagi program motivasi ialah Tuan Tuah Johari Atan dan Tuan Haji Hasan bin Hussin

4. Sambutan dikalangan murid dan ibu bapa sangat menggalakkan dan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

5. Terima kasih kepada pihak TNB Janaelektrik Port Dickson, Baitul Mal Port Dickson dan semua dermawan yang memberi sumbangan untuk program ini.



















.

Karnival Futsal Dan Bola Jaring Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh : 28 Oktober 2015
Hari : Rabu
Tempat : Sport Planet Senawang
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang

1. Tahniah kepada pasukan Port Dickson B yang diwakili oleh murid-murid dari Prasekolah SKKS (6 orang) dan dibantu oleh murid-murid Prasekolah SKIP 92 orang) dan Prasekolah Chuah (1 orang).

2. Pencapaian terbaik setakat ini - SUKU AKHIR FUTSAL Peringkat Negeri Sembilan.

3. Terima kasih kepada SASA Sdn Bhd kerana memberi sumbangan untuk program ini. 

4. Terima kasih juga kepada Abang Saiful yang tidak jemu-jemu melatih anak-anak prasekolah ini.

5. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sporting dan guru prasekolah SKIP dan Chuah yang memberikan kerjasama yang sangat baik.