Sunday 23 August 2015

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2015


Demi ……tanah yang bertuah 
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini 
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa




Bridge 
Laut luas terbentang 
Bukan satu halangan 
Untuk kita bersama 
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..


Chorus
Walaupun berbeza 
Budaya Agama 
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan 
Marilah bersatu




Sehati sejiwa




Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan 
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa


Lagu : Muhammad Yuri Edris 
Lirik : Siso Kopratasa & Yuri Edris
Penyanyi : Alif Satar /choir Gemersik Chorus
Penyanyi Latar : Gemersik Chorus

Bendera dan Lambang Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Bendera
n9_b
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.
Lambang Negeri
n9_l
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.

sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1597-negeri-sembilan-darul-khusus.html

Bendera Malaysia......

bendera_malaysia


Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Merdeka, Merdeka, Merdeka ! - Tepat jam 12.00 malam 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.
Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
bender_un
Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Sejarah Bendera Malaysia
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/197-bendera-kita-.html

Logo-Logo Dan Maksud Hari Kemerdekaan 1971 - 2011

1976 
1976
KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.
Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.


1977 
1977
BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.
Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.
Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.

1978 
1978
KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.
Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979 
1979
BERSATU BERDISIPLIN
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.
Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980 
1980
BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.

1981 
1981
BERDISIPLIN BERHARMONI
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982
1982
BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983
1983
BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.
Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984
1984
AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.

1985
1985
NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.
Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.

1986
1986
BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.

1987
1987
SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan.
Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukun Negara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU.

1988
1988
BERSATU
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia.
Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukun Negara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

1989
1989
BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional.
Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.
Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

1990
1990
BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.
Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia. Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.
Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.

1991
1991
WAWASAN 2020
Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju.
Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.

1992
1992
WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan.
Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan.
Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.

1993
1993
BERSATU MENUJU WAWASAN
Rekabentuk:
Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.
Warna:
Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan.
Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.
Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan.
Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia

1994
1994
NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni.
Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat.
Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995
1995
JATIDIRI PENGERAK WAWASAN
Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara.
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri.
Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera.
Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996
1996
BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik.
Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.

1997
1997
AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.

1998
1998
NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia.
Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.

1999
1999
BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020.
Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.

2000,2001,
2002,2003, 2004,2005,2006
2000-11
KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.
Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu.
Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.

2007
2007
MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

2008
2008
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat.
Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
2009
2009
1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2010
2010
1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2011
2011
1MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

Wednesday 19 August 2015

Kenali Perdana Menteri Kita - Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK (2009 - KINI)

Yang Amat Berhormat 
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)
 najib_tun_razak
Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.
Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.
Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.
Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA
Perdana Menteri Malaysia Keenam3 April 2009 – Kini
Timbalan Perdana Menteri31 Oktober 2004 – 2 April 2009
Menteri Kewangan17 September 2008 - Kini
Menteri Pertahanan1999 – 2008
 Menteri Pendidikan1995-1999
Menteri Pertahanan1990-1995
Menteri Belia dan Sukan1987-1990
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan1986-1987
Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan1981-1982
Timbalan Menteri Pelajaran1980-1981
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos1978-1980
Eksekutif Petronas1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
                Norashman Razak



Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/3162-perdana-menteri-malaysia-keenam.html