Tuesday 30 June 2015

Lagu Perhimpunan Rasmi SKKS

Lirik Lagu "Negaraku"

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta



Lirik Lagu "Negeri Sembilan"

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkti sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan





Lirik Lagu "Sekolah Kebangsaan Kg Sawah"

Sekolah Kebangsaan Kg. Sawah Port Dickson
Kami taat setia, 
Kami berasa bangga, kami maju dan jaya,
Itulah harapan semua.
Belajar, bersukan, berbakti pada negara,
Berikrar, berjanji, taat setia pada negara.

Klik di sini untuk download

Thursday 25 June 2015

Aktiviti memotong sayur.

1. Anak-anak prasekolah membuat aktiviti memotong sayur untuk masakan tom yam.

2.  Sangat ceria anak-anak prasekolah membuat aktiviti ini.

3. Selepas ini, bolehlah anak-anak prasekolah menolong ibu dan bapa memasak di rumah.










Taklimat Langkah-Langkah Kebakaran Sekolah 2015

Tarikh    : 24 Jun 2015
Hari       : Rabu
Tempat  : Prasekolah SKKS

1. Murid prasekolah diberi taklimat oleh En. Mahzan bin Haji Jalil, jika berlaku kebakaran di kawasan sekolah.

2. Murid juga di beri taklimat tentang penggunaan alat pemadam kebakaran dan perkara yang mesti dilakukan dan tidak boleh dilakukan jika berlaku kebakaran.



Murid-murid mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang dipelajari semasa lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson




En. Mahzan sedang memberi taklimat kepada anak-anak prasekolah berkenaan langkah-langkah keselamatan jika berlaku kebakaran di sekolah.





Kreativiti dan Estetika - Menghias Baju

Tarikh    : 18 Jun 2015
Hari       : Khamis

1. Murid dapat menggunakan pelbagai teknik menggambarkan aspirasi diri mengikut kreativiti sendiri.






Program Menabung Di Prasekolah SKKS

1. Program ini dijalankan sejak prasekolah dibuka iaitu pada tahun 2009 lagi.

2. Objektif program ialah untuk menanamkan sikap suka menabung dalam diri anak-anak prasekolah. Sikap ini diharapkan akan diteruskan hingga mereka dewasa.

3. Tabung-tabung ini akan dibawa pulang ke rumah oleh anak-anak prasekolah dan dimasukkan ke dalam bank apabila berakhirnya penggal pertama dan kedua.







Lawatan ke Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson

Tarikh     : 17 April 2015
Hari        : Jumaat
Tempat   : Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson

1. Satu program lawatan sambil belajar telah diadakan ke Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

2. Pihak prasekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sabri bin Roslan, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson kerana sudi menerima kunjungan kami.

3. Tidak lupa juga kepada pihak MPPD yang membenarkan prasekolah ini menggunakan bas mereka untuk program ini dan tidak lupa kepada En. Hamdan bin Lumad yang sudi melayan karenah anak-anak prasekolah ini.

4. Program berjalan lancar walaupun ada panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat Port Dickson semasa kami berada di sini. Ini membolehkan anak-anak prasekolah melihat sendiri bagaimana situasi kecemasan ditangani secara "life"

5. Anak-anak prasekolah sangat seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mana antaranya adalah memakai baju uniform Bomba dan Penyelamat, menaiki jentera bomba dan ikhtiar jika berlaku kebakaran.

6. Selesai program, kami menikmati makan tengahari di Pantai Cahaya Bulan, Batu 4, Port Dickson sebelum berangkat pulang ke sekolah.
   
Pn. Hasnila Ros menyampaikan cenderahati kepada En. Sabri bin Roslan sebagai tanda terima kasih.
Bergambar kenangan 

Seronok betul anak-anak prasekolah ini bermain......

Aktiviti menaiki jentera bomba. Tak puas naik sekali, kalau boleh nak naik beberapa kali lagi.



Aktiviti ikhtiar hidup jika berlaku kebakaran/

Ada yang pertama kali naik bas......

Salah seorang anggota yang sabar melayan karenah kami........

Ahli bomba muda......

Makan tengahari sebelum berangkat pulang.

Wednesday 24 June 2015

Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu - Membina perkataan KVKVKV secara berkumpulan

Tarikh     : 6 Mei 2015
Hari        : Rabu
Tempat   : Kelas Prasekolah SKKS

1. Murid membina perkataan KVKVKV secara berkumpulan.

2. Murid meminati aktiviti ini kerana ia mirip kepada permainan.






Taklimat PDP Abad Ke 21 Daerah Port Dickson Anjuran PPD Port Dickson

Tarikh                  : 11 April 2015
Hari                     : Sabtu
Tempat                : Dewan SKKS

Tetamu VIP         : Tn. Ramlan bin Ahmad
                              Timbalan PPD Daerah Port Dickson 

Penceramah         : SiP+ Daerah Port Dickson
                             SiC+ Daerah Port Dickson

Kehadiran            : Guru Prasekolah Daerah Port Dickson
                              Pengerusi Waris dan Naib Pengerusi Waris Daerah Port Dickson


En. Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Kualiti Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan

En. Ahmad Supian bin Sukarnin, Mantan Pengerusi Waris Prasekolah SKKS 2014 menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Waris Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan


Antara peserta yang hadir.






Program Kesihatan Gigi Daripada Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk

Tarikh    : 5 Februari 2015
Hari       : Selasa
Tempat  : Perkarangan Prasekolah SKKS

1. Program Memberus Gigi ini dikendalikan oleh jururawat pergigian daripada Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk.

2. Murid murid diberi taklimat mengenai kesihatan gigi dan diajar memberus gigi dengan cara yang betul.

Puan Jururawat Pergigian sedang memberikan taklimat.

Bersungguh-sungguh anak-anak pra memberus gigi mereka

Anak-anak lelaki pra sedang tekun memberus gigi.

Gigi Sihat Senyuman Menawan



PDP Prasekolah : Pembelajaran CD Interaktif

Tarikh   : 5 Mac 2015
Hari      : Khamis
Tempat : Makmal Komputer SKKS

1. Murid-murid dibawa merasai pembelajaran menggunakan CD Interaktif.

2. Setiap murid berpeluang menggunakan komputer kerana jumlah komputer yang banyak di makmal ini. 

3. Murid-murid sangat seronok kerana pembelajaran ini membolehkan kerana mengekplorasi CD yang diberikan dengan sendiri.




Program Waris - Gotong Royong Kali Pertama Prasekolah SKKS 2015

Tarikh : 7 Mac 2015
Hari    : Sabtu

1. Program gotong royong kali pertama bagi sesi 2015 telah dihadiri oleh 38 orang. Mereka ini terdiri daripada keluarga murid-murid prasekolah ini.

2. Semua bahan dan barang disediakan oleh pihak prasekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Waris.

3. Sarapan pagi disediakan secara pot luck dimana setiap keluarga membawa sedikit juadah yang berlainan untuk dinikmati bersama-sama.

4. Program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang. 

5. Antara perkara yang dapat diselesaikan pada program ini ialah :
  1. Mengecat kembali "ladybird" yang sudah usang
  2. Membersihkan kawasan taman herba, taman refleksiologi, taman sayuran dan taman bunga.
  3. Mengubah susun atur dan mengemas kelas prasekolah.
  4. Menyiapkan 50% bip pasukan bola jaring prasekolah.
  5. Menanam semula pokok yang dibeli ke pasu yang lebih besar
  6. Menyelenggara pasu-pasu sedia ada.

Bergambar kenangan bersama sebahagian waris prasekolah yang hadir



Pengerusi Waris bersama-sama membersihkan taman herba.


Membersihkan rumput yang tumbuh di dalam pasu

Bekerjasama menyiapkan bip pasukan bola jaring

Mengecat semula "ladybird" yang sudang usang

Program Waris Prasekolah SKKS - Pertandingan Membina BBM, Big Book dan Potret Keluarga

1. Satu program telah dianjurkan oleh prasekolah ini iaitu Pertandingan Membina BBM, Big Book dan Potret Keluarga telah diadakan pada bulan Februari sehingga April yang lalu.

2. Sambutan dari semua waris sangat menggalakkan. Purata 90% penyertaan diterima daripada setiap kategori.

3. Setiap kategori diadili oleh pihak berkecuali iaitu pihak Pentadbir dan Ketua-Ketua Panita Sekolah. Pihak penilai sangat sukar untuk menentukan pemenang kerana majoriti penyertaan yang dihantar sangat baik dan teliti.

4. Para pemenang telah diumumkan pada Hari Keluarga Prasekolah SKKS 2015 yang lalu. 

5. Tahniah kepada waris prasekolah ini kerana ANDA SEMUA SANGAT SPORTING DAN BERBAKAT.

Kategori BBM

Kategori Potret Keluarga

Kategori Big Book.