Friday 29 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57 "Malaysia....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"



Prasekolah SKKS ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 kepada semua rakyat Malaysia.

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !



Pendaftaran Murid Prasekolah 2015

Pendaftaran murid sesi 2015 kini dibuka.

Sila dapatkan borang di pejabat Sekolah Kebangsaan Kg. Sawah dengan membawa surat beranak asal.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di blog ini.

MoU Antara Prasekolah SK Kg. Sawah dan Prasekolah SK Ampangan

Satu perjanjian persefahaman diantara Prasekolah SKKS dan Prasekolah SK Ampangan telah diadakan pada bulan March yang lalu.

Lawatan ini diketuai oleh Pn. Hasnila Ros bte kadir disertai oleh En. Ahmad Supian bin Sukarnin, En. Mohd Fauzi bin Shafie dan En. Mahzan bin Jalil.

Banyak perkara yang dipelajari semasa lawatan hormat ke Prasekolah SK Ampangan ini dan gurunya iaitu Cikgu Rashidah pula sangat mesra dan tidak lokek memberikan pengetahuan dan pengalaman beliau.

Terima juga kepada Guru Besar SK Ampangan dan PPM Prasekolah SK Ampangan ( Sedap akak ni masak sambal )

Terima kasih kerana menerima kunjungan kami....





Hari Keluarga Prasekolah SKKS 2014

Hari Keluarga Prasekolah 2014 diadakan pada 16 Ogos 2014. Walaupun hujan turun dengan lebat, program masih berjalan dengan jayanya berkat sikap sporting waris-waris yang hadir.



















Wednesday 27 August 2014

Mencuba Tanaman Baru di Taman Prasekolah

Selesai sudah menanam roselle petang ini. Harap-harap semua biji benih yang disemai akan bercambah.

Sebelum ini, saya dah tanam kangkung dibatas yang sama. Kali ini, roselle menjadi pilihan kerana boleh dibuat jus dan jem.

Inilah rupa buah roselle

Tapak semaian yang sudah disemai dengan benih roselle.



Saturday 23 August 2014

Program Penataran PPPM Peringkat Daerah Port Dickson dan Sambutan Hari Raya

Majlis ini diadakan pada 23hb Ogos dan prasekolah SKKS menjadi tuan rumah bagi booth prasekolah bagi daerah Port Dickson.


Peserta basikal berhias - Meriahnya suasana ketika perarakan basikal














Tahniah Adik Kamilia Batrisya......Johan Nyanyian Solo Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan

Tahniah kepada adik Kamilia Batrisya kerana mengharumkan nama prasekolah ini dengan menjadi johan kategori nyanyian solo di Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan pada 20 Ogos yang lalu.

Terima kasih juga kepada Pn. Hasliza yang melatih beliau.




Thursday 14 August 2014

Mari menanam pokok........Gotong Royong Prasekolah SKKS Bersama Waris

Antara gambar semasa gotong royong prasekolah bersama waris. Kerjasama daripada waris sangat mengagumkan. Terima kasih semua....