Tuesday 11 August 2015

Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Port Dickson 2015

Tarikh : 8 Ogos 2015
Hari : Sabtu
Tempat : SK Linggi

1. Karnival sukan prasekolah yang julung kali diadakan ini mengumpulkan semua prasekolah di daerah ini untuk bertanding merebut hadiah yang disediakan.

2. Pelbagai acara disediakan yang mana ia meliputi dua bahagian iaitu acara sukaneka dan acara balapan.

3. Prasekolah SKKS menghantar peserta untuk semua acara. Berikut adalah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak prasekolah SKKS ini:
  • Johan Lontar Peluru (Lelaki)
  • Naib Johan Lompat Jauh (Lelaki)
  • Ketiga Lompat jauh (Perempuan)
  • Ketiga - Sukaneka Baling bola (Lelaki)
  • Kedua - Sukaneka Baling bola (Perempuan)
4. Usaha yang sangat baik dari pihak PPD Port Dickson dan JPN Negeri Sembilan yang menganjurkan karnival ini kerana ia bukan sahaja mencungkil bakat anak-anak, tetapi juga merapatkan hubungan diantara guru dan waris.





























No comments:

Post a Comment