Friday 17 July 2015

Majlis Penyampaian Hamper Dan Duit Raya 2015

Tarikh : 9 Julai 2015
Hari : Khamis
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Prasekolah SKKS

1. Semua anak-anak prasekolah menerima hamper raya yang berisi makanan dan juga tidak lupa duit raya untuk mereka.

2. Terima kasih kepada En Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS kerana sudi menyampaikan hamper ini kepada semua anak-anak prasekolah.










Selamat Hari Raya Aidilfitri

Prasekolah SKKS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anak anak prasekolah, waris waris prasekolah dan semua muslimin dan muslimat sekalian.

Tuesday 14 July 2015

Majlis Khatam Al Quran Dan Masih Ada Yang Sayang Peringkat Sekolah

Tarikh : 14 Julai 2015
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Malinja SKKS

1. Majlis anjuran sekolah ini merupakan satu aktiviti tahunan yang dijalankan di bulan Ramadhan.

2. Murid-murid yang khatam Al-Quran akan diraikan pada majlis ini dengan pemberian sumbangan daripada yang disumbangkan oleh para dermawan melalui pihak sekolah.

3. Manakala program "Masih Ada Yang Sayang" adalah satu program dimana pihak sekolah menyampaikan sumbangan para dermawan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan.

4. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka di kala menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri nanti.

5. Ucapan terima kasih bagi pihak sekolah kepada semua dermawan yang menyumbang untuk program ini. Semoga Allah S.W.T sahaja yang membalas budi dan baik Tuan Puan.


Anak-anak prasekolah dibarisan hadapan sedang khusyuk mendengar ceramah


Sebahagian lagi anak-anak prasekolah.



Ustaz Mohd Syukran sedang memberi ceramah....


.
Warni warni menjelang Aidil Fitri..............


Sumbangan hamper barangan untuk program ini....

  
Peserta Khatam Al Quran 2015.....


Ustaz Syukran mengetuai majlis Khatam Al-Quran......


Cikgu Haziruldin sebagai pengacara majlis.....



Penyampaian sumbangan dan cenderahati









Sunday 12 July 2015

Hari Keluarga Prasekolah SKKS 2015

Tarikh : 17 Mei 2015
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Malinja SKKS

1. Hari Keluarga Prasekolah adalah satu aktiviti tahunan yang dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan dan ukhwah diantara guru dan waris prasekolah.

2. Ramai yang datang. Tak percaya cuba tengok gambar kat bawah. 

3. Banyak acara yang dijalankan dan tidak ada murid atau waris yang pulang tanpa hadiah.

4. Tahniah kepada Jawatankuasa Waris Prasekolah dan Guru Prasekolah serta PPM Prasekolah kerana berjaya mengadakan program ini.

5. Tidak lupa kepada En. Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS dan En. Misnan bin Madiman. YDP PIBG SKKS yang sudi hadir memeriahkan program ini.

6. Kepada semua waris, TAHNIAH........Anda semua sangat hebat dan sporting. 

7. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan secara pot luck oleh ibu bapa. Sangat sedap dan banyak.
Siap boleh bungkus bawak balik lagi. He....he....he....

8. In Shaa Allah, kita akan bertemu di lain program.





En Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS menerima cenderahati daripada En. Kaharudin, Pengerusi Permuafakatan Waris Prasekolah 2015. 

En. Misnan bin Madiman, YDP PIBG SKKS sedang berucap bagi perasmian penutup program.

En. Kaharudin sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pemenang.



Antara aktiviti yang dijalankan.......
















Wednesday 8 July 2015

Adab dan Sunnah Ketika Menyambut Hari Raya Aidil Fitri



Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan. Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah; 

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya. 
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya. 

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat. 
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953]. Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446]. 

3. Bertakbir pada hari Raya Takbir Hari Raya 
Ini adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185]. Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).” Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya. 

4. Takbir Hari Raya 
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik. Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar. 

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik 

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya 
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765]. Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”]. Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik. 

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain. 
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986] Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini; i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat. ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam. iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT. iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim. 

8. Solat Hari Raya. 
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa. Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya. a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW. b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW. c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya: “Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.” d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.” 

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. 
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.” Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan. 

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. 
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.” 

11. Zakat Fitrah. 
Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.” Kesalahan yang dilakukan pada hari raya Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.

Credit to : http://silverheritage.blogspot.com/2012/08/sunnah-dan-adab-menyambut-hari-raya.html

Monday 6 July 2015

Program Murid Penyayang - Derma Untuk Palestin

1. Anak-anak prasekolah sedang beratur untuk memberikan derma kepada Tabung Derma Untuk Palestin.

2. Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah banyak, tetapi keikhlasan mereka yang bersungguh-sungguh ingin membantu sangatlah dipuji.

3. Sikap inilah yang perlu dipupuk dari kecil dan diharapkan berkekalan sehingga mereka dewasa. In Shaa Allah.





Reading is Fun Programme

1. Anak-anak prasekolah menjalankan aktiviti membaca buku sempena program Reading is Fun.

2. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak prasekolah.