Monday 13 October 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Kidszania, Kuala Lumpur.................

Selesai sudah satu lagi program untuk tahun ini. Program lawatan sambil belajar yang dirancang sejak bulan Ogos yang lalu telah berjaya dijalankan.

Terima kasih kepada para dermawan yang sanggup memberi sumbangan bagi menjayakan program ini, semua ibu bapa waris prasekolah, guru-guru pengiring dan murid-murid yang mengikuti lawatan ini.

Pada hari Sabtu, 11 Oktober 2014, kami bertolak pada jam 7.30 pagi ke Kidszania, Kuala Lumpur dan selamat sampai pada pukul 9.05 pagi.

Berada selama 6 jam di sana sehingga pukul 4.00 petang, masih lagi tidak puas rasanya. Ada banyak permainan dan pekerjaan yang belum dicuba oleh anak-anak prasekolah.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi tahun hadapan, kesini lagilah anak-anak prasekolah agaknya.







No comments:

Post a Comment