Friday, 29 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 57 "Malaysia....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"



Prasekolah SKKS ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-57 kepada semua rakyat Malaysia.

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !



Pendaftaran Murid Prasekolah 2015

Pendaftaran murid sesi 2015 kini dibuka.

Sila dapatkan borang di pejabat Sekolah Kebangsaan Kg. Sawah dengan membawa surat beranak asal.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya di blog ini.

MoU Antara Prasekolah SK Kg. Sawah dan Prasekolah SK Ampangan

Satu perjanjian persefahaman diantara Prasekolah SKKS dan Prasekolah SK Ampangan telah diadakan pada bulan March yang lalu.

Lawatan ini diketuai oleh Pn. Hasnila Ros bte kadir disertai oleh En. Ahmad Supian bin Sukarnin, En. Mohd Fauzi bin Shafie dan En. Mahzan bin Jalil.

Banyak perkara yang dipelajari semasa lawatan hormat ke Prasekolah SK Ampangan ini dan gurunya iaitu Cikgu Rashidah pula sangat mesra dan tidak lokek memberikan pengetahuan dan pengalaman beliau.

Terima juga kepada Guru Besar SK Ampangan dan PPM Prasekolah SK Ampangan ( Sedap akak ni masak sambal )

Terima kasih kerana menerima kunjungan kami....





Hari Keluarga Prasekolah SKKS 2014

Hari Keluarga Prasekolah 2014 diadakan pada 16 Ogos 2014. Walaupun hujan turun dengan lebat, program masih berjalan dengan jayanya berkat sikap sporting waris-waris yang hadir.



















Wednesday, 27 August 2014

Mencuba Tanaman Baru di Taman Prasekolah

Selesai sudah menanam roselle petang ini. Harap-harap semua biji benih yang disemai akan bercambah.

Sebelum ini, saya dah tanam kangkung dibatas yang sama. Kali ini, roselle menjadi pilihan kerana boleh dibuat jus dan jem.

Inilah rupa buah roselle

Tapak semaian yang sudah disemai dengan benih roselle.