Thursday, 25 June 2015

Kreativiti dan Estetika - Menghias Baju

Tarikh    : 18 Jun 2015
Hari       : Khamis

1. Murid dapat menggunakan pelbagai teknik menggambarkan aspirasi diri mengikut kreativiti sendiri.






Program Menabung Di Prasekolah SKKS

1. Program ini dijalankan sejak prasekolah dibuka iaitu pada tahun 2009 lagi.

2. Objektif program ialah untuk menanamkan sikap suka menabung dalam diri anak-anak prasekolah. Sikap ini diharapkan akan diteruskan hingga mereka dewasa.

3. Tabung-tabung ini akan dibawa pulang ke rumah oleh anak-anak prasekolah dan dimasukkan ke dalam bank apabila berakhirnya penggal pertama dan kedua.







Lawatan ke Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson

Tarikh     : 17 April 2015
Hari        : Jumaat
Tempat   : Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson

1. Satu program lawatan sambil belajar telah diadakan ke Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

2. Pihak prasekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sabri bin Roslan, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson kerana sudi menerima kunjungan kami.

3. Tidak lupa juga kepada pihak MPPD yang membenarkan prasekolah ini menggunakan bas mereka untuk program ini dan tidak lupa kepada En. Hamdan bin Lumad yang sudi melayan karenah anak-anak prasekolah ini.

4. Program berjalan lancar walaupun ada panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat Port Dickson semasa kami berada di sini. Ini membolehkan anak-anak prasekolah melihat sendiri bagaimana situasi kecemasan ditangani secara "life"

5. Anak-anak prasekolah sangat seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mana antaranya adalah memakai baju uniform Bomba dan Penyelamat, menaiki jentera bomba dan ikhtiar jika berlaku kebakaran.

6. Selesai program, kami menikmati makan tengahari di Pantai Cahaya Bulan, Batu 4, Port Dickson sebelum berangkat pulang ke sekolah.
   
Pn. Hasnila Ros menyampaikan cenderahati kepada En. Sabri bin Roslan sebagai tanda terima kasih.
Bergambar kenangan 

Seronok betul anak-anak prasekolah ini bermain......

Aktiviti menaiki jentera bomba. Tak puas naik sekali, kalau boleh nak naik beberapa kali lagi.



Aktiviti ikhtiar hidup jika berlaku kebakaran/

Ada yang pertama kali naik bas......

Salah seorang anggota yang sabar melayan karenah kami........

Ahli bomba muda......

Makan tengahari sebelum berangkat pulang.

Wednesday, 24 June 2015

Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu - Membina perkataan KVKVKV secara berkumpulan

Tarikh     : 6 Mei 2015
Hari        : Rabu
Tempat   : Kelas Prasekolah SKKS

1. Murid membina perkataan KVKVKV secara berkumpulan.

2. Murid meminati aktiviti ini kerana ia mirip kepada permainan.






Taklimat PDP Abad Ke 21 Daerah Port Dickson Anjuran PPD Port Dickson

Tarikh                  : 11 April 2015
Hari                     : Sabtu
Tempat                : Dewan SKKS

Tetamu VIP         : Tn. Ramlan bin Ahmad
                              Timbalan PPD Daerah Port Dickson 

Penceramah         : SiP+ Daerah Port Dickson
                             SiC+ Daerah Port Dickson

Kehadiran            : Guru Prasekolah Daerah Port Dickson
                              Pengerusi Waris dan Naib Pengerusi Waris Daerah Port Dickson


En. Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Kualiti Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan

En. Ahmad Supian bin Sukarnin, Mantan Pengerusi Waris Prasekolah SKKS 2014 menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Waris Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan


Antara peserta yang hadir.