Wednesday, 24 June 2015

Taklimat PDP Abad Ke 21 Daerah Port Dickson Anjuran PPD Port Dickson

Tarikh                  : 11 April 2015
Hari                     : Sabtu
Tempat                : Dewan SKKS

Tetamu VIP         : Tn. Ramlan bin Ahmad
                              Timbalan PPD Daerah Port Dickson 

Penceramah         : SiP+ Daerah Port Dickson
                             SiC+ Daerah Port Dickson

Kehadiran            : Guru Prasekolah Daerah Port Dickson
                              Pengerusi Waris dan Naib Pengerusi Waris Daerah Port Dickson


En. Johar bin Hamzah, Guru Besar SKKS menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Kualiti Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan

En. Ahmad Supian bin Sukarnin, Mantan Pengerusi Waris Prasekolah SKKS 2014 menerima plak bagi Tempat Ketiga Anugerah Waris Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan


Antara peserta yang hadir.






Program Kesihatan Gigi Daripada Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk

Tarikh    : 5 Februari 2015
Hari       : Selasa
Tempat  : Perkarangan Prasekolah SKKS

1. Program Memberus Gigi ini dikendalikan oleh jururawat pergigian daripada Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk.

2. Murid murid diberi taklimat mengenai kesihatan gigi dan diajar memberus gigi dengan cara yang betul.

Puan Jururawat Pergigian sedang memberikan taklimat.

Bersungguh-sungguh anak-anak pra memberus gigi mereka

Anak-anak lelaki pra sedang tekun memberus gigi.

Gigi Sihat Senyuman Menawan



PDP Prasekolah : Pembelajaran CD Interaktif

Tarikh   : 5 Mac 2015
Hari      : Khamis
Tempat : Makmal Komputer SKKS

1. Murid-murid dibawa merasai pembelajaran menggunakan CD Interaktif.

2. Setiap murid berpeluang menggunakan komputer kerana jumlah komputer yang banyak di makmal ini. 

3. Murid-murid sangat seronok kerana pembelajaran ini membolehkan kerana mengekplorasi CD yang diberikan dengan sendiri.




Program Waris - Gotong Royong Kali Pertama Prasekolah SKKS 2015

Tarikh : 7 Mac 2015
Hari    : Sabtu

1. Program gotong royong kali pertama bagi sesi 2015 telah dihadiri oleh 38 orang. Mereka ini terdiri daripada keluarga murid-murid prasekolah ini.

2. Semua bahan dan barang disediakan oleh pihak prasekolah dengan kerjasama Jawatankuasa Waris.

3. Sarapan pagi disediakan secara pot luck dimana setiap keluarga membawa sedikit juadah yang berlainan untuk dinikmati bersama-sama.

4. Program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang. 

5. Antara perkara yang dapat diselesaikan pada program ini ialah :
  1. Mengecat kembali "ladybird" yang sudah usang
  2. Membersihkan kawasan taman herba, taman refleksiologi, taman sayuran dan taman bunga.
  3. Mengubah susun atur dan mengemas kelas prasekolah.
  4. Menyiapkan 50% bip pasukan bola jaring prasekolah.
  5. Menanam semula pokok yang dibeli ke pasu yang lebih besar
  6. Menyelenggara pasu-pasu sedia ada.

Bergambar kenangan bersama sebahagian waris prasekolah yang hadir



Pengerusi Waris bersama-sama membersihkan taman herba.


Membersihkan rumput yang tumbuh di dalam pasu

Bekerjasama menyiapkan bip pasukan bola jaring

Mengecat semula "ladybird" yang sudang usang

Program Waris Prasekolah SKKS - Pertandingan Membina BBM, Big Book dan Potret Keluarga

1. Satu program telah dianjurkan oleh prasekolah ini iaitu Pertandingan Membina BBM, Big Book dan Potret Keluarga telah diadakan pada bulan Februari sehingga April yang lalu.

2. Sambutan dari semua waris sangat menggalakkan. Purata 90% penyertaan diterima daripada setiap kategori.

3. Setiap kategori diadili oleh pihak berkecuali iaitu pihak Pentadbir dan Ketua-Ketua Panita Sekolah. Pihak penilai sangat sukar untuk menentukan pemenang kerana majoriti penyertaan yang dihantar sangat baik dan teliti.

4. Para pemenang telah diumumkan pada Hari Keluarga Prasekolah SKKS 2015 yang lalu. 

5. Tahniah kepada waris prasekolah ini kerana ANDA SEMUA SANGAT SPORTING DAN BERBAKAT.

Kategori BBM

Kategori Potret Keluarga

Kategori Big Book.