Tarikh : 17 April 2015
Hari : Jumaat
Tempat : Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson
1. Satu program lawatan sambil belajar telah diadakan ke Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.
2. Pihak prasekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sabri bin Roslan, Pegawai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson kerana sudi menerima kunjungan kami.
3. Tidak lupa juga kepada pihak MPPD yang membenarkan prasekolah ini menggunakan bas mereka untuk program ini dan tidak lupa kepada En. Hamdan bin Lumad yang sudi melayan karenah anak-anak prasekolah ini.
4. Program berjalan lancar walaupun ada panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat Port Dickson semasa kami berada di sini. Ini membolehkan anak-anak prasekolah melihat sendiri bagaimana situasi kecemasan ditangani secara "life"
5. Anak-anak prasekolah sangat seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti yang mana antaranya adalah memakai baju uniform Bomba dan Penyelamat, menaiki jentera bomba dan ikhtiar jika berlaku kebakaran.
6. Selesai program, kami menikmati makan tengahari di Pantai Cahaya Bulan, Batu 4, Port Dickson sebelum berangkat pulang ke sekolah.
Pn. Hasnila Ros menyampaikan cenderahati kepada En. Sabri bin Roslan sebagai tanda terima kasih. |
Bergambar kenangan |
Seronok betul anak-anak prasekolah ini bermain...... |
Aktiviti menaiki jentera bomba. Tak puas naik sekali, kalau boleh nak naik beberapa kali lagi. |
Aktiviti ikhtiar hidup jika berlaku kebakaran/ |
Ada yang pertama kali naik bas...... |
Salah seorang anggota yang sabar melayan karenah kami........ |
Ahli bomba muda...... |
Makan tengahari sebelum berangkat pulang. |
Seronoknya..
ReplyDeleteLps blk lawatan..amani ckp besar nnti nk jd pegawai bomba..
ReplyDelete